Sunday, March 14, 2010

Bila hati berbicara..

Hati sentiasa ingin berbicara
Tapi, masih adakah hati lain yang ingin mendengar, mengerti??
Apa yang pasti, PEMILIK mutlak hati ini setia menanti,
Mendengar dan mengerti setiap keluhan yang diratapi...
Allah,
jadikan aku seorang anak yang solehah,
yang berusaha membahagiakan hati dan kehidupa orang tuaku..
yang menjadi penyejuk mata mereka..
penenang hati mereka...
Jadikan aku seorang saudara yang solehah,
yang mengasihi adik-adikku,
yang mengembirakan kehidupan mereka...
jadikan aku seorang sahabat yang penyayang,
yang menyayangi sahabat-sahabatku dunia dan akhirat
yang menjadi cerminan kehidupan mereka...
hati ini memohon Ya Allah,
jadikan aku seorang hamba
yang kenal erti kehidupan sementara
tahu jalanku pulang ke tempat asalku...
Kuatkan aku Ya Tuhanku,
dalam meneruskan langkah hidupku,
meniti hari-hari yang terus berlalu,
pimpin diriku Ya Tuhanku,
dalam mencari kebahagian milik-MU...
sebagai bekalan sepanjang hayatku..
Semoga rahmat-Mu sentiasa memayungi perjalananku
dan hatiku tenang walau tanpa sesiapa di sisiku kecuali ENGKAU,
untuk selamanya.... Allah...


Saturday, March 6, 2010

"Merintih..."

"Mengapa aku bercinta dengan kehidupan yang sebentar? Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan? Sedangkan pjuangan merebut cinta ALLAH lebih suci dan utama, terkorban diabaikan. Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan? Sehingga bercemamai, keimanan kugadaikan. Sedangkan nun di sana pjuangan memerlukan pengorbanan pewira & srikandi yang setia. Itulah bahananya cinta pada dunia. Memunahkan cinta hakiki ILLAHI. Memberi kekecewaan di hati sanubari. Berapa ramai insan mendamba pada dunia? Keremajaannya dipandu angan-angan palsu. Terpesona jiwanya & terpudarlah imannya. Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian. TUHANKU, kudratkan ke hadratMU pengharapan, pimpinlah hambaMU ini agar tidak terpedaya lagi.....” ALLAHURABBI...

Friday, February 19, 2010

Izinkanlah..

Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepada-MU
Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintai-MU sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadap-MU
Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti
Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia
Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat dengan-MU kasih... dekat dengan-MU
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat dengan-MU kasih... kasih..

Wednesday, February 10, 2010

Tanpa


Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa ENGKAU aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpa-MU
Menemani aku sepi
Tanpa..
Cinta-MU aku resah
Tanpa..
Kasih-MU aku hampa
Tanpa..
Diri-MU aku mati
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpa-MU
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari diri-MU
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa-MU ku mati
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa ENGKAU aku tak mengerti

Friday, February 5, 2010

Yang Terbaik...

ALLAH merancang untukku,
Walau perancangan-Nya tidak seperti yang aku ingini..
Wahai hati,
Redhalah dengan perangan ILAHI
Kerana itu yang terbaik bila hati ini mengerti…
ALLAHURABBI,
Hanya ENGKAUmengetahui rintihan hati ini,
Hanya ENGKAU mengetahui titisan air mata yang membasahi
Yakinkan hatiku YA RABBI,
Ada hikmah dan pertolongan-MU dipenghujung kesusahan ini…
Wahai yang berada disekelilingku,
Aku perlukan sokongmu…
Aku perlukan senyumanmu…
Untuk kuteruskan perjuangan yang luar biasa ini..
Agar jiwaku tersenyum, semanis iman diimpi.

Thursday, February 4, 2010

Daripada cikgu.....

Allahurabbi, bukan senang untuk bergelar pendidik...
Bukan setakat mengajar tapi memberi pengajaran dan tunjuk ajar...
Hari ini, dunia terlalu menumpukan kepada golongan cerdik pandai,
Pelbagai anugerah untuk mereka sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang mereka raih.
Namun, berapa ramai antara kita yang mengambil berat tentang mereka yang lemah dalam akademik..
Bukan mereka pinta,
Juga bukan itu yang mereka mahukan..
Selagi diri diberi peluang,
Berusahalah diriku, untuk membela nasib mereka yang ketinggalan dalam pelajaran...
Kerana itu lebih bermakna daripada hanya meraih nama...
Kepada "mereka", cikgu pasti membantu kalian...

Thursday, January 28, 2010

Deraian Kasih Untuk-MU


Rabbi perancang untukku
Betapa aku kerdil lagi longlai
Betapa berat ujian Mu
Ku redha dan pasrah segala hanya pada Mu
Rabbi...kusedari dan terjaga dari lena sepi kehidupan
Betapa indah dan gahnya nikmat semua ini
Selama ini aku alpa
Dalam ujian ini
Aku mengeluh dan kesah
Kufurnya aku pada Mu
Kini kuharap cintaMu
Kuharap kasihMu
Aku merindui Mulafaz suci yang kuucapkan
Yang aku ungkapkan
dalam solat ku
dalam doaku
mengatur bait-bait zikir
seksa dan derita yang kutempuhi
biarlah berakhir
dan menjadi pengubat segala khilafku terhadap Mu
deraian air mata kasih ini
terbayang segala kurniaanMu yang melimpahiku
terpapar segala nikmat yang Kau hantarkan padaku
Maafkan aku duhai Tuhanku
Ampuni lah aku
Sejak azali lagi
ya Rabbi perkasakan aku
jauhi aku dari putus harapan
hindari aku dari bisikan songsang
aku merindui Mu
perkenankan doaku untuk bersua dengan Mu