Wednesday, May 19, 2010

Semenyih dari Bukit Broga

Meniti hari-hari terakhir di Semenyih, sempat mencuri masa menikmati pemandangan indah dari puncak Bukit Broga.

Ada kejadian aneh selepas gambar ini diambil. Hee..



searching for SEMEKAR. ^-^


Luas bumi tak terkira kilometernya...


Penat tapi seronok.


Subhanallah....


Kagum dengan semangat anna yang tak mengalah.


Terima kasih to Cikgu Hayat sebab sudi jadi leader untuk expidisi ini. Sempat berbincang masalah pelajar dan ciri-ciri cikgu cemerlang di puncak bukit. Untuk semua pelajar, cikgu-cikgu tak pernah lupakan kalian.



Subhanallah, indah ciptaan-Mu Tuhan yang Maha Agung. Tak terhitung nikmat yang KAU kurniaan kepada hamba-MU. Namun, diri ini masih lalai dalam mengingati-MU juga sentiasa lupa bersyukur atas nikmat kurniaan-MU. Ampunkan kami YA ALLAH, untuk segala dosa dan kelalaian kami pada nikmat dunia yang sementara ini. Amin...

Tuesday, May 18, 2010

Finished!


Taking some times to describe all this teachers @ my wonderful freinds




Hayat: Just like the eldest brother among us, ( dh memang dia yang paling tua pn).

Zamir: He is the tallest one and also the most naughty guy. ( suka sakat kami cikgu-cikgu praktikal perempuan). Depan students dia paling humble, tapi ble ngn kami2 huh....!

Hafiz: Tak tahu apa justifikasi untuk describe cikgu fizik yang sorang ni. Apa yang pasti, cinta itu absrak, right??

Arif: Penyelia petang versi praktikal. He will be a good teacher, i think..

Anna: Students susah nak ingat nama dia, NORAZLIANA. Ada yang panggil cikgu azlina, cikgu aina, cikgu suzana dan paling sedih pada majlis jamuan perpisahan 4B ada yang panggil cikgu norazliani. Hee.. how dare you!!

Melati: The most famous teacher among us. Ibarat bunga pada kami yang bergelar pokok, huhu..

Me: Apa justifikasinya untuk semua ini?? Going to miss all the moments with you, freinds!





Selama hampir 4 bulan, kami dah macam adik beradik yang tinggal berjauhan dari keluarga. bak kata ana, "saya adik bongsu kepada 4 orang abang dan 2 orang kakak". Nak tengok bukti?? See this pic....

Bersama bonda
comel kan adik bongsu kami, (bertudung hitam) diapit oleh 2 orang kakak dan bersama 4 orang abang yang bertanggungjawab. ye ke??


Moga jalinan persahabatan yang terjalin berkekalan ke syurga-NYA..

Monday, May 17, 2010

Kenangan SEMEKAR..

Terima kasih Allah untuk hikmah disebalik kesusahan dan air mataku sebelum memulakan praktikal.. ketentuan-MU adalah yang terbaik untukku...Payungi mereka dengan rahmat dan kasih sayang-MU, bila tempatku bukan lagi di sisi mereka...


Kami dan Pengetua Cemerlang


Bersama GKMP Sains dan Matematik, Thanks, Kak Jun. We got a lots of things!



5 Gigih. Cikgu doakan kalian berjaya.

4Fasih. Mathematic is fun, right??

Persatuan "tempurung". Sorang ahli, belot! Hee





Tuesday, May 4, 2010

Teman...


Teman baik..
inilah apa yang aku rasa
apakah aku layak menjadi teman baikmu
adakah kau selesa bersama denganku
adakah kau akan menjauh dariku saat aku tidak punya istimewa
pertanyaan ini tiada tanda tanya
kerana aku tidak butuh jawapan
mungkin ia hanya sekadar jawapan untuk menghibur diriku
aku ingin sekali berdamping denganmu
tanpa rasa malu
bergurau senda seperti dirimu bergurau dengan teman lain
aku terfikir
adakah kau akan mendampingiku
menemaniku saat aku berduka
saat aku bergetar rasa
saat aku bahagia
aku tidak pandai bergurau senda
membuka bicara gah sehebat ahli politik
tapi jika kau tidak sungkan bersamaku
dan menerima sikapku
aku bahagia temanku
kerana kau sudi berteman denganku.......

Wednesday, April 21, 2010

......

cikgu marah sebab "cikgu sayang kamu"....

Saturday, April 3, 2010

Semua Tentang Kita..


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa



Bersedirian sambil menatap foto kenangan, bibir terus mengukir senyuman semanis kenangan yang dicipta bersama kalian... Akhirnya, diri berbisik, " aku RINDU mereka..." Moga kalian berada di bawah payung rahmat ILAHI, terus berjuang memburu kecemerlangan diri... Tuhanku, izinkan kami berkumpul seperti dulu, cuma sekadar merawat rindu yang menggamit di hati... 1,2,3 sah!!!

Sunday, March 14, 2010

Bila hati berbicara..

Hati sentiasa ingin berbicara
Tapi, masih adakah hati lain yang ingin mendengar, mengerti??
Apa yang pasti, PEMILIK mutlak hati ini setia menanti,
Mendengar dan mengerti setiap keluhan yang diratapi...
Allah,
jadikan aku seorang anak yang solehah,
yang berusaha membahagiakan hati dan kehidupa orang tuaku..
yang menjadi penyejuk mata mereka..
penenang hati mereka...
Jadikan aku seorang saudara yang solehah,
yang mengasihi adik-adikku,
yang mengembirakan kehidupan mereka...
jadikan aku seorang sahabat yang penyayang,
yang menyayangi sahabat-sahabatku dunia dan akhirat
yang menjadi cerminan kehidupan mereka...
hati ini memohon Ya Allah,
jadikan aku seorang hamba
yang kenal erti kehidupan sementara
tahu jalanku pulang ke tempat asalku...
Kuatkan aku Ya Tuhanku,
dalam meneruskan langkah hidupku,
meniti hari-hari yang terus berlalu,
pimpin diriku Ya Tuhanku,
dalam mencari kebahagian milik-MU...
sebagai bekalan sepanjang hayatku..
Semoga rahmat-Mu sentiasa memayungi perjalananku
dan hatiku tenang walau tanpa sesiapa di sisiku kecuali ENGKAU,
untuk selamanya.... Allah...