Tuesday, October 14, 2008

Hakikat

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...
Allah ya Allah
Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya
Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Saturday, October 11, 2008


Buat sahabatku ar- rijal dan an- nisa’

Sahabatku,
Atas tautan ukhwah,
Dan akidah muslim,
Ku melayangkan warkah ini buatmu teman.
Duhai temanku an- nisa’,
Engkau sedia maklum….
Engkaulah perhiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau sering menjadi fitnah lelaki
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Duhai temanku ar- rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Dan seringkali mengimpikan teman di sisi
Dan tentulah teman yang diimpikan seorang serikandi
Duhai temanku an- nisa’
Ku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi, dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi dan ingin memanjai
Dan aku juga tahu, temanmu ar- rijal juga begitu
Tetapi temanku an- nisa,
ketahuilah engkau
cinta itu fitrah
tapi jangan kau cemarkannya dengan fitnah
andai benar engkau mengasihinya
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah
dan jika benar engkau mengasihinya keranaNya
engkau tidak akan bisa
lunakkan shoutul engkau
kau takkan bisa lemparkan pandangan menggodamu
kerana engkau tahu
itu bias menggoyahkan iman seorang ar- rijal
dan engkau mengetahui
dia mempunyai 9 akal dan 1 nafsu
namun nafsu itu sentiasa beraja
dan engkau takkan bisa menjadikan sang nafsu itu
nafsu raja yang menggila
kerana engkau tahu sahabatku an- nisa’
dia akan terjerumus ke dalam api yang membara
andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila
adakan benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar- rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah dia keranaNya
Letakkan Dia melebihi cintamu pada dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidak akan bisa
Mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu
Dia mempunyai 9 nafsu dan 1 akal
Tetapi manakah mampu 1 akal mengatasi 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya engkau tidak akan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan- ringan
Kerana engkau tahu
Itu sudah menghampiri zina!!!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam
Apakah engkau benar mengasihinya
Andai engkau rela dia terjun ke dalam api neraka?
Sahabatku an- nisa… sahabatku ar- rijal
Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu..dengarlah sedikit pesan ikhlasku LILLAH
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tidak salah..
Tetapi letakkan cintamu padaNya Yang Hakiki
Dan engkau akan merasa cinta manusia sedikit Cuma
Andai Dia yang engkau dahului
Engkau takkan gelisah
Andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata
Engkau takkan rindu
Andai sehari tidak bersua
Engkau takkan kecewa anadai dia lupa mengatakan I love you
Kerana engkau percaya
Dia yang terbaik
Lantaran Dia yang terbaik
Dia akan menentukan yang terbaik untukmu
Dan andai dia yang terbaik untukmu
Dia akan satukan juga hatimu dengan hatinya
Dan itulah sahaja melalui perkahwinan
Dan itulah yang terbaik untuk kalian
Kalau ada jodoh, tidak kemana
Yakinlah!!!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membecimu
Tapi aku benci yang mungkar itu
Dan kerana aku takut akan api yang menjunam itu
Ku menegur yang mana mampu
Kerana kau takut
andai aku tidak menegurmu
kita akan sama- sam meredah lautan api yang terlalu pedih
yang terlalu seksa
yang terlalu azab!!!! Na’uzubillahi min zalik!
Sama- samalah teman
Pagarilah iman kita
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah Dia
Kerana Dialah penjaga iman kita
Yakinlah dengan Dia
Serahkan segalanya padaNya
Kerana Dia tahu yang terbaik
Sedangkan kita tidak
Akhirul kalam
Letakkan si Dia di hatimu
Engkau kan merinduiNya
Andai harimu tiada ingatan kepadanNya
Engkau akan gelisah andai Dia tidak mendengar rintihanmu
Engkau akan rindu andai Dia tidak memandangmu
Engkau tak keruan
Andai doamu ditolak
Dan itulah cinta hakiki
Kerana kau yakin...
Di sana adanya sebuah pertemuan
Di taman syurga yang indah…

Ikhlas daripada seorang sahabat……






Sunday, July 27, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sunday, May 25, 2008

HALAWATUL UKHWAH.....

Nikmat yang paling manis apabila ALLAH mentarbiyahkan hamba-NYA dengan pelbagai bentuk ujian. Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberi semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguh dalam berjuang melalui robitah hati…
YA ALLAH,
Peliharakanlah ukhwah kami agar mudah untuk kami berjuang dalam agama-Mu.
Mulakan tautan ukhwah kita di sini…