Tuesday, January 27, 2009

Duhai Mahasiswa


Duhai Mahasiswa.....

Walau di mana dikau berada, walau apa yang dikau kerjakan dan apa-apa sahaja yang dikau kecapi...kejayaan atau kegagalan...cuba kau tunduk dan sedarilah di bawah adalah bumi yang menghampar..dan kemudian...cuba kau dongak...di atas adalah langit yang memayungimu...

Selagi mana kau dapati dua perkara ini, maka apa-apa yang dikau perolehi adalah sementara. Walau bagaimanapun kejayaanmu menggunung, tanpa REHDA ALLAH.. bermakna engkau gagal. Walau seindah mana kepuasan merangkul segulung ijazah..dengan MURKA ALLAH..bermakna engkau tewas dengan ketewasan yang amat dasyat...

Duhai Mahasiswa....

Apabila kamu sedar...setelah langit digulung..sesudah bumi hancur berkecai dan kemudian kau pandang kiri dan kanammu...dan kau dapati majlis KONVOKESYEN..terbesar berlaku..maka pada ketika itu..keadilan penentu nasibmu. Jika keadilan mengatakan TUHAN REHDA maka kau beraja di SYURGA. Jika keadilan mengatakan TUHAN MURKA maka kau beraja di NERAKA. Segala apa yang dianugerahkan adalah milikmu..hasil penat lelahmu di dunia.

Duhai Mahasiswa....

Syurga di akhirat menagih keperitan dunia. Neraka di akhirat menjanjikan kemanisan dan keasyikkan dunia. KELIRU? JANGAN KELIRU MEMILIH HALA TUJUMU. Jangan terpedaya. KELIRU? JANGAN KELIRU MENGENAL PENDAMPING SETIAMU. Suara bisikan SYAITAN atau suara dorongan MALAIKAT.. dapatkah kau bezakan?

Duhai Mahasiswa...

Jangan biarkan dirimu KELIRU..sehingga tanpa sedar kau memilih syaitan sebagai pendamping setia kerana syaitan menggunakan senjata NAFSU DALAM DIRIMU. Kekuatan suara MALAIKAT mendorong hala tujumu adalah bergantung kepada IMAN DALAM DIRIMU. Apabila IMAN beraja di HATI, ia memandu akalmu untuk memilih jalan yang betul.

Duhai Mahasiswa..

Bina dan tingkatlah IMANmu dengan ILMU.. bentenglah IMANmu dengan ukhwah. Kau tidak mampu hidup sendiri. Jangan biar dirimu manjadi habuan kerakusan SERIGALA SYAITAN. Musuh-musuhmu menunggumu bersendiri..berjalanlah dalam satu ikatan PERSAUDARAAN yang dapat dibentuk melalui PERSAUDARAAN YANG SEJATI..supaya kau tidak bersendiri dan tidak mudah tewas kepada SERIGALA SYAITAN dan berjaya memperolehi geran tanah di syurga..dengan kunci REDHA TUHAN...kerana

"KEREDHAAN ALLAH, KEJAYAAN HAKIKI"


-----------------
~Living, Learning And Loving for Allah*

* MEMBERI yang TERBAIK untuk ISLAM sebagai TUJUAN HIDUP *

No comments: